Sunday, September 6, 2009

7 jenis wajah mayat di dalam kubur



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah
melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan
syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling
besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua
ibu-bapa.

2. Mayat yang mukanya berbentuk ****. Itulah petanda
semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu,
tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar
ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum
arak, berjudi sahaja.Tak tutup aurat juga perbuatan
keji.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang
haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya
mencuri…harta yang haram. Merompak…harta haram.
Melesapkan duit kawan…harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh
tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka
berkelahi,mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air
itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat
orang yang suka makan riba’.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang
semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

No comments:

Post a Comment