Wednesday, September 23, 2009

suami mithali.....abie...

Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

myself...

salam ukhwah...ermmm
lame sungguh x menatap blog aku nih...almaklumlah sibuk beraya... hik hik... by the way aku dah dapat present daripada hubby... td kol dia jap.. maybe otw p kija agaknye...bz sokmo... harap harap dia x kan lupakan aku kan bie...

erm.. apa yg aku nak share kat sini eh...dah seminggu balik dah, tolong ma bersih rumah and g tgk baby uda. erm comey sungguh dia afiq daniel... apa maksud pun x tau da... ..

ni info untuk pengantin......

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati org.
33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.



hehe so....... ikutt aja...

Sunday, September 13, 2009

aku dan sesuatu

salam ramadhan kali ni..

esok nak hantar kad raye kad abg, coz dia pon hantar on the same day gak.. ape pun .. aku trima ajer saje darinye...

waduh ler
... serase macam penat ajer kan.. ntah ler apa nak jadi ngan aku nih.. ape hal pun aku harap more than another things that would like to change all the life time ... hujan macam nak turun , apakah aku harus menhentikan segala macam menda dalam diri ini..dan memulakan segala yg bru untuk ku? walau ape pun keputusan ku yang pasti aku kan tetap dapat mengubah kehidupan keluargaku selepas ini.. akan aku buktikan untuk seluruh ahli keluargaku yang aku bukannye seperti yang mereka katakan... tapi bagaimana harus ku mulakan dengan kata kata yang benar andai benar buat diriku ini...

aku mohon diberikan petunjuk dan jalan yang benar buat diriku ini sepanjang jalan akan ku tempuhi onak duri ranjau berliku dihadapan nyata , biarlah tuhan yang menentukan semua pabila tiba waktu akan aku persembahkan segalanya untuk mu...

Amin..

Saturday, September 12, 2009

aku dan ramadhan

salam ramadhan...

erm.. plan nak p jalan tar x tercapai... nak cri kad raye...coz ikut maksu p the mines... , paksu main golf kat sana...so buka posa kat sana ler.. anyway, aku nak cari kad raye yang best sket.. untuk abg tersayang...

td tgk cite permata yang hilang, fuhhh penuh dgn dugaan emosi... skang dok main facebook jer ... yg lain cam kureng sket nak layan...

erm... still cant wait for the things that abg nak hantar courier.. hopefully sampai la minggu depan nihh kan... ape pun cintai lah daku seadanya abg...

Friday, September 11, 2009

aku dan sesuatu...


salam...

kenyang berbuka ngan murtabak... at least dapat jugak aku merasa murtabak.... just nak share ngn korang .... abg nak hantar sumthin, tp still x nak cakap ape die... ermmm hopefully that sumthin i like ... x sabar rasenye nak trima... erm... esok nak p cari kad raye untuk abg... ingat nak ajak mc na... tp kol td dia dok wat facial plak... x sempat nak story... kat mane erkk nak cari.. ingat nak p makan nando's lagi for the last timing.... ok x?.. aku pon dah lame x pi wat facial... wargh... cam x best jer aper yg sku wat skrg... so , la ni kene wat amalan yg dimurahkan rezeki... tension siot... ape pun lepas raye baru aku nak wat decision yg aku sgt pasti ...

lani, prepare for raye.. just for serdahana ajer ler... ingat can change for a new things but sumthin like no different.... ape lak dok melalut memalam nih kan... aku nak tido awal.... esok leh online transfer.. nk tgk ape yg bleh aku wat through online... hopefully yg survey tu bleh tampung aku kat sini... dah ler ader training laki 2org... leh ke x nih?

ntah ler , maybe bos dapat tau yg aku x sincere ke ape ker.. lantak ler.. yg pasti after raye make me change my life at all....

k ler, len kali aku sambung lagi.... perut memulas after berbuka... ape pen still keep in touch




















Thursday, September 10, 2009

love live lough

salam... hari nih still rase x sehat daaa...tp still datang kija...

PENAT ngan batuk2x lagi... apepun aku still juga nak dtg... tp ape pun aku rase macam fix pada 1 keputusan yg bakal merubah hidup aku selama ini... x larat ler kawe nk tehe sokmo nge mendo nih sokmo2x....

gapo pun aku ake royak jugok ko sapo ye aku raso perlu...lono aku perlu dok diye jah... sementara aku pastikann yg aku dapat gapo hok aku nok ,.....abe g tgk waye , dio royak nge black nge sidi,harap ler dio royak sengothi.. x nawok ko kawe nih,... hdehe... c am x beso plok kecek kelate....

i m gonna miss you...
abg cakap nak bg sesuatu, tanye x nak jawab plak...
apepun nak mintak dia cepat2x hantar kat aku kat sini...

abbie i love you

Tuesday, September 8, 2009

bisnes

assalamualaikum....

itt was a touching moments when my abie did not pick up my call for the whole day... after all he just make a call and explain everthing... i just thought that he was meet somebody else that steel him away from me... but i was totally wrong what was im thinking of him....

by the way, im the sensitive person that easily can hurting heart.... but now i should have a strong heart that can change my life... i just thinking for the next level i will drop by... to see the condition of the life... sometimes we need a changes in our life too... that not so easy to grab anything in this world right?, i just chit chat with sami brother which is hamza sherani... he is still in shiffield university...


wow my eyes was steam like a mata kuyu... woooo... but i have to wait for miss anne first before go to sleep and make a call to my beloved abie to wake him up to go to meeting in gurney drive...


wow penang how i miss u most.. i hate kl but im here to continue the life after the inciddent...and i hope that there is still a chances to me to meet him... and together with him forever....


im gonna love you till the end
im gonna be your very true friends
im gonna be arround...

Monday, September 7, 2009

salam lebaran


salam lebaran....


wah... hampir 2 minggu berpuasa.... rasenye macam menahan lapar dan dahaga saje... bagaimana harus aku mulakan untuk menikmati akan nikmatnya ramadhan kali ini....

kali ini rasenyer adik beradik ku x balik kampung kot, janie x balik coz kija x leh cuti and uda plak x sehat nak balik kampung, tgh sarat katanye...

so... its look like that im alone altogether with my family ... but how im gonna back tp penang if abie stil keja at the same time...? hopefully that i will take a bus to go penang after raye and stay in penang afterwhile.... to be continue workin there... but its also look like that no easy as much i can go so far.....

tiada lafaz yang paling agung
kalimah darimu....
biar jasad ku yang menanggung
permainan darimu...
relaku pujuk






Sunday, September 6, 2009

nak tidoq dah


wasalam....

wargh cepat nye mase berlalu tanpa disedari kan?

erms... dalam x sedar dah dekat setahun aku berpisah ngan fizikal ngan dia tapi ader gak jumpe sekali sekala bila dapat peluang untuk bertamu... apakah ini petanda nyer?
mungkin ya mungkin jua tidak... hanya berserah pada pencipta ilahi yg mengetahui akan kebenarannya.... tuhan tolonglah daku agar bisa aku meleraikan segala kekusutan di hati dan di mindaku ini...

akan tetapi masih adakah jalan terbaik buat diriku dan jua dirinya?... sesungguhnya aku mengharapkan agar Kau berilah daku petunjuk agar bisa aku menempuhinya dalam alam maya ini dan jua untuk seterusnya .. kembali PadaMu... tunjukakan lah aku jalan agar aku bisa menghadapinya pada waktu yang mendatang dapat meleraikan segala kekusutan fikiran...

amalan menambah rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

AYAT-AYAT BIDADARI DAN NIKMAT ORANG BERTAQWA

Surah Al-Dukhan
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ

[51] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa.

كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

[54] Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

Surah Tur
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ

[17] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).

مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَّصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

[20] Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَّهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَّكْنُونٌ

[24] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [Round about them will serve, (devoted) to them, youths (handsome) as Pearls well-guarded]

Surah Al-Waqiah

وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

أُوْلَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ
[17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka. [Round about them will (serve) youths of perpetual (freshness).]

وَحُورٌ عِينٌ
[22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ
[23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

Surah Al-Insan

إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا
[5] Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”.

عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا

[6] Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَّنثُورًا

[19] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. [And round about them will (serve) youths of perpetual (freshness): if thou seest them, thou wouldst think them scattered Pearls.]

perosak agama

Nie aku amik dr email sapa ntah.. just a very good info to all of us

Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk

§ Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

§ Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

§ Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

§ Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

§ Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

§ Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

§ Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina , sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

§ Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya .

§ Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

§ Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

§ Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

§ Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

§ Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

§ Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

§ Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa. Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

§ Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab), Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

§ Penzina laki-laki berarti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

§ Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya .

§ Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

§ Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit ganas seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

§ Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.

BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERHATIKAN

Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang mealkukannya hanya sekali.

§ Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

§ Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

§ Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

§ Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

§ Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

§ Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

§ Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

§ Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.


BERTAUBAT

Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya:“Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (QS. 25:68-70)


Gadisku

Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk

Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang

untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang didekati sang kumbang

lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu
keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman

kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan
keindahan takwa kepada Allah…hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.
Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah yg

patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya

adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu

serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg
engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku…sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg
dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu “tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita.” Oleh itu
gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu
setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah
semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana
cinta….bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah
kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah
tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,
“Sesungguhnya cinta itu buta.” Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu
atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau
mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik

itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari

setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg
sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan
rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta
dan kasihmu terhadap penciptamu.

Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah
cinta yg hakiki dan abadi

7 jenis wajah mayat di dalam kubur



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah
melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan
syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling
besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua
ibu-bapa.

2. Mayat yang mukanya berbentuk ****. Itulah petanda
semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu,
tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar
ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum
arak, berjudi sahaja.Tak tutup aurat juga perbuatan
keji.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang
haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya
mencuri…harta yang haram. Merompak…harta haram.
Melesapkan duit kawan…harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh
tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka
berkelahi,mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air
itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat
orang yang suka makan riba’.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang
semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

buka posa..



hari nih dah namblas hr dah posa.... maksu blik penang and aku ler yg masaknyer...aku masak nasi ayam, bertamabah jugak ler aku makan.... heh ehe lame x mkn masakan sendiri ma... yeala asyik maksu jer yg masak... aku tukang pulun jer... he he paksu pon bertambah nasik jugak aku tgk... quyyim jer yg tak layan pot... x minat kot tapi sat lagi paksa aku masak burger lagi.... pergh... kenyang perut aku pikir and tgk diorag makan nih... biase ler budak budak , semakin membesar dan kuat... asyik nak makan ajer... mase aku dulu lagi teruk kot... makan makan makan jer... tu yg jadi badan tong nih.... he ehe hopefully that abie still cyg aku seadanya... kalau dia x syg tuh... x tau ler.. coz aku dah pun cuba yg terbaik untuk diri aku dan juga dia seadanya...

td jer bru kol dia... dia berbuka ngan sup ayam and sambal petai... macam x kena jer... tgh dok layan sembang , ayah dia plak cam dok nak cakap ngan dia.. adeih ler... kelam kelibut jgk ler aku nih... aku pun dah pernah tercakap ngan ayah dia mase dia dok kg gak, abes seme segan keluar... hehehehehe tapi still leh kontrol ayu.... phew... pwittt.... k ler nak pi solat dulu... jap g aku sambung blik....syok nyer ader blog sendiri .... leh wat karangan yg aku suke... suke sgt... tata titi tutu..... i miss you bie..


demam daa


huk hhuk batuk lagi... bila nak baikk demam ni.. puasa lagi.. macam x larat jer.. sabar sabar sabar... layan facebook td, minnie balas on the wall .. ingat gak dier kat aku.. by the way still cri lg temam tersekolah dulu dulu...

erms.... sebenarnye.. bukan itu masalah aku nih... ader yg tak dapat aku nak citer kat org lagi dah... just c how the way work on it.. wat mase ni bior aku yg simpan dulu didalam hati... nanti bila dah nak meletop sat g, aku nak wat aper yer... hai demam bile la ko nak semboh erk.. hari ni abie blik kg.. wa wa rindunyer kat dier.. hopefully i will stand to him after this... penang i miss you a lots..

he he rindu penang ker rindu abg nih.. ? wa wa .. wa hopefully that i will go penang after raye.. coz miss him to much...

stakat ni dulu aku nak post kat blog nih.. aku nak sambun kija lain plak.. bnyak lagi aku nak surver internet jap lagi... x leh nak stay for the one only kan... urpppp bukan pakwe tau.. i means kija ler... coz banyak lagi yg aku nak try wat after this... ermmmm nak blik kg lg.. how ha.. aku pon nak p penang gak...

I MAY HAVE ALL KNOWLEDGE AND UNDERSTAND ALL SECRETS;

I MAY HAVE THE FAITH NEEDED TO MOVE MOUNTAINS -

BUT IF I HAVE NO LOVE,



I AM NOTHING............








Saturday, September 5, 2009

huk huk



















huk huk batuk lagi daa... ape nak wat nih.. salah siape yg sebenarnyer? slah cuaca ke? salah H1N1 ker? salah aku yg tak pandai jaga kesihatan diri sendiri ini? dah 14 hari dah posa.. just demam ni, makin menambahkan ketidaklaratan jer..,.. ni nak wish to all my beloved anybody to wish SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI...

aku nak tgk industan pon xder mood.. dah gitau abe doh pasal demam ni.. just cume tunggu nak p spital check doktor jap.. kat GH...erm... bestnyer kalau ader abg ni, mesti dia layan aku bebaikk time demam ni... wargh.. x laratnyer nak jumpe Mc Na jap lagi kul 2, jumpe dia nak bincang pasal projek yg tertangguh , pasal bisnes beb.. x sabar rasenyer aku nak try a new things plak... about the bisnes.. by the way aku pon tgh nak master pasal FOREX nih.. leh apply dalam kehidupan seharian...

tp aku more tend to the bisnes part.. maybe 1 day i will invest in forex for my bis supported to my bis plak kan..erem.. jadi x sakit plak bila pikir pasal duit nih.. ..argh.. batuk lagi... aku dah nak siap siap p spital dah.. jap g kull 2 nak jumpe mc Na doh.. harap harap plan seme jadi hari ni.. jgn le panas sgt nak jalan sat g.. k la , kuar dulu erkk.. ade time lg, aku blog lg.. tata titi tutu


Friday, September 4, 2009

aku dan sesuatu...

hari ni bru jer blaja wat blog sndiri.. just for the beginning miss anne yg ajar aku cara - cara nak wat tblog nih.. nampak sungguh cam buta it sket.. he eheh.... skang ni nak p solat dulu... pas ni pun baru nak sambung balik keje yg tertangguh ni..